- E-Reload/Topup bermaksud apabila topup dibuat, ia akan terus dimasukan ke dalam handphone pelanggan secara automatik.
- PIN pula bermaksud, apabila pembelian topup dibuat, no.pin akan diberikan kepada pelanggan terus melalui SMS atau kepada penjual, dan anda perlu maklumkan atau berikan kepada pelanggan.
- Servis Bayar Bil pula anda boleh membayar bil-bil seperti yang disenaraikan. Hanya perlu masukkan no.akaun, no.hp pelanggan dan amaun bayaran.
- Berikut adalah keuntungan/komisyen jualan topup mengikut telco dan pakej. Minimum topup ialah RM5.00.
BAGAIMANA SISTEM TOPUP BERFUNGSI?
Contohnya, apabila pelanggan anda hendak membeli topup Celcom 10 (keuntungan 4.00%), maka server akan tolak RM9.60 sahaja daripada modal topup anda.
Pelanggan perlu membayar kepada anda RM10.00. Jadi, keuntungan bersih (cash in hand) adalah berjumlah RM0.40sen.
KEUNTUNGAN JUALAN TOPUP
Keuntungan yang anda perolehi secara langsung apabila menjual topup.
Contoh keuntungan anda untuk Celcom ialah 5.00%.
Jika sehari anda menjual RM10 kepada 10 orang.
Maka keuntungan sebulan yang anda akan perolehi ialah RM10 x 5.0% x 10 orang x 30 hari = RM150.
Jika sehari 20, 30 orang? Lagi banyak keuntungan anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan